Kamera digital 12.2 Megapiksel CCD dengan lensa sudut lebar 28mm pertama di dunia ini menawarkan kecekapan mengagumkan pada satu peranti kompak. Dilengkapi keupayaan 3.6x zum optikal, 7x zum optikal ekstra dan lensa Leica DC, FX100 membolehkan anda merakam imej besar dalam resolusi tinggi, terperinci dan jelas terutama ketika merakam foto sekumpulan individu yang ramai tanpa perlu mengubah kedudukan.Penstabil imej optikal OIS mengurangkan kekaburan imej manakala sistem Mega OIS yang dimajukan pula boleh mengesan dan mengasingkan gegaran tangan dan pergerakan lain kamera. Dikuasakan dengan enjin pemproses imej Venus III, ia menyediakan masa respon pantas 0.9 saat dan mod rakaman pecutan tinggi sehingga 8 bingkai sesaat. FX100 membolehkan anda menonton rakaman pada TV skrin lebar 16:9 dalam paparan 30 bingkai sesaat. Boleh didapati dalam warna hitam metalik dan perak.
*Spec: 12.2 Megapiksel CCD. Lensa 28mm Wide Angle Leica DC Vario Elmarit. 3.6x zum optikal. 7x zum ekstra. Penstabil imej optikal (OIS). Sistem Mega OIS. Pengawal Pintar ISO. Enjin pemproses Venus III. Merakam 8 bingkai sesaat. Kad memori SDHC/SD. Kualiti HD 1920x1080, VGA 640x480, WVGA 848x480. Pemain foto DMW-SDPI HDTV.








