Khamis, 19 Julai 2007

Panasonic DMC-FX100

Kamera digital 12.2 Megapiksel CCD dengan lensa sudut lebar 28mm pertama di dunia ini menawarkan kecekapan mengagumkan pada satu peranti kompak. Dilengkapi keupayaan 3.6x zum optikal, 7x zum optikal ekstra dan lensa Leica DC, FX100 membolehkan anda merakam imej besar dalam resolusi tinggi, terperinci dan jelas terutama ketika merakam foto sekumpulan individu yang ramai tanpa perlu mengubah kedudukan.

Penstabil imej optikal OIS mengurangkan kekaburan imej manakala sistem Mega OIS yang dimajukan pula boleh mengesan dan mengasingkan gegaran tangan dan pergerakan lain kamera. Dikuasakan dengan enjin pemproses imej Venus III, ia menyediakan masa respon pantas 0.9 saat dan mod rakaman pecutan tinggi sehingga 8 bingkai sesaat. FX100 membolehkan anda menonton rakaman pada TV skrin lebar 16:9 dalam paparan 30 bingkai sesaat. Boleh didapati dalam warna hitam metalik dan perak.

*Spec: 12.2 Megapiksel CCD. Lensa 28mm Wide Angle Leica DC Vario Elmarit. 3.6x zum optikal. 7x zum ekstra. Penstabil imej optikal (OIS). Sistem Mega OIS. Pengawal Pintar ISO. Enjin pemproses Venus III. Merakam 8 bingkai sesaat. Kad memori SDHC/SD. Kualiti HD 1920x1080, VGA 640x480, WVGA 848x480. Pemain foto DMW-SDPI HDTV.

Zypad

Zypad merupakan komputer mudah alih yang boleh dipakai di pergelangan tangan, sesuai untuk anda yang selalu sibuk dan sentiasa inginkan penyambungan rangkaian segera dan cara kerja mudah. Ia boleh digunakan oleh pekerja dalam bidang pengangkutan, pengedaran, hospitaliti, agensi kerajaan, jualan dan bermacam-macam lagi untuk menjalankan kerja tanpa penggunaan kertas dengan memasukkan data terus ke Zypad.

Penyambungan tanpa wayar Zypad seperti teknologi Bluetooth dan WiFi pula membenarkan anda mengakses pangkalan data virtual termasuk data multimedia dari mana-mana kawasan. Browzer web dan paparan antara muka protokol kawalan jauh (RDP) pula membolehkan Zypad menjalankan pelbagai aplikasi lain serta menyokong Microsoft Win32 API dan Compact Framework.

*Spec: WiFi/Bluetooth/Hos USB dan Klien. GPS. RISC CPU. Bateri. Skrin Sesentuh. Pengenalan Tulisan Tangan. Butang Fungsi. Mikrofon. NET CF. RDP. Browzer IE Terbina. Sistem Applied Data. Pilihan fungsi RFID atau Zigbee.

Pinnacle Studio Plus 11

Perisian penyunting video terbaru dari Pinnacle menawarkan teknologi terkini HD, Windows Vista, penerbitan web dan banyak lagi. Pengguna kini boleh menyunting rakaman video format HD dan fail format Advanced Video Codec High Density (AVCHD) atau format Blu-Ray dengan mudah menggunakan tiga tab utama iaitu Merakam (Capture), Mengedit (Edit) dan Buat Muvi (Make Movie). Ia juga didatangkan dengan fungsi aplikasi automatik, memenuhi keperluan penyuntingan video anda.

Import video digital, foto dan audio terus dari peranti media untuk membolehkan perisian mengesan dan mencipta klip. Nikmati keseronokan menyunting dari pelbagai bingkai utama dan efek dalam paparan skrin penuh masa sebenar. Pengguna juga boleh mencuba efek yang dimajukan seperti ‘Picture-in-Picture’, pengeditan bunyi Surround dan skrin hijau Chroma Key. Selain itu, Studio Plus 11 turut menyokong output ke iPod dan Sony PSP dan antaramuka web diperbaharui memudahkan eksport terus ke servis video, cakera, fail atau pita kaset dalam hampir semua format.

*Spec: (Terbaru) HD DVD/AVCHD/SDV/HDV/Foto. Serasi Windows Vista. Penjana Muzik Scorefitter 40 Sumber Trek dan 48k Audio. Antaramuka Berskala. Penerbitan Web dipermudah. Kelajuan dan Kecekapan dipertingkat. Pengeditan HD. Bingkai Utama. Pengedit Bunyi. Efek Video Sofistikated

Telefon PDA ASUS P526

Telefon PDA ini dilengkapi sistem operasi Windows Mobile 6 Profesional, Pemproses TI OMAP 850 (200MHz), fungsi GPS dan hos sistem pesanan dipertingkat, memberi pengguna cara kerja yang stabil dan pantas. Ia turut mengintegrasi servis popular Windows Live agar pengguna kekal berhubung dengan komuniti talian dan rakan, sekali gus meningkatkan produktiviti dengan aplikasi penyelesaian bisnesnya.

P526 turut menawarkan fungsi Smart Dial iaitu secara automatik menyenarai nama kontak, bar pencarian untuk pencarian web tanpa perlu membuka browzer, perisian ASUS termasuk ASUS Remote Presenter yang membolehkan pengguna mengawal persembahan Powerpoint pada komputer riba atau PC menggunakan Bluetooth. Pemain media Windows 10 dan sokongan pelbagai format audio serta video memberi keseimbangan hiburan dan kerja.

*Spec: EDGE/GPRS/GSM 850/900/1800/1900. Bateri 1300 mAh Lithium-Ion. 2.6" TFT 65K Warna. Resolusi 240 x 320. OS Microsoft Windows Mobile T6 Profesional. IE/Word/Excel/PowerPoint/Kalendar/Pengurus Fail/Buku Telefon/Inbox. Pemproses TI OMAP 850 (200MHz). Cip SiRF Star III. SMS/MMS/Email/MSN. Kamera 2 MP. USB v1.1/Bluetooth 1.2/JAVA J2ME. MPEG4/MIDI/MP3/WMA/WAV/AAC. Memori 128MB/64MB SDRAM/MicroSD.

SonicGear AND2000

Fon stereo dari SonicGear ini menawarkan bunyi audio hebat dengan rekaan selesa. Ia dilengkapi ciri adapter plug berganda untuk kegunaan dalam penerbangan dan teknologi Pembatalan Bunyi Bising Aktif untuk meningkatkan kuasa penyaring bunyi bising yang tidak diperlukan. Rekaan boleh lipatnya menjadikan AND2000 mudah dibawa dalam bentuk kompak mudah alih. Turut disertakan pengawal kuasa bunyi terbina.

*Spec: Respon frekuensi 20 Hz-20 kHz. Unit pemacu 2 x 30 mm3. Ketahanan arus 32 ohm. Sensitiviti 113 dB (Off)\r\n 121 dB (On). Level perubahan > 15 dB at 300 Hz. Kuasa DC 1.5V, 1 x AAA Bateri. Plug 3.5 mm. Panjang Cord 1.5m. Harga pasaran (anggaran semasa) : RM129.

Kamkoder DZ-GX5100SW / DZ-GX5060SW dari Hitachi


Kamkoder hibrid terbaru dari Hitachi ini menggabungkan pemacu keras DVD dan HDD 8GB bersepadu membolehkan rakaman video sehingga enam jam. Ia turut dilengkapi ciri-ciri ketahanan seperti pelindung impak dan perlindung sensor tambahan untuk menghalang kerosakan HDD. Ciri penyalin satu butang pula memudahkan salinan terus ke cakera DVD tanpa memerlukan komputer atau peranti lain.

DZ-GX5100SW dan DZ-GX5060SW turut menghasilkan gambar kualiti tinggi menerusi pemprosesan integrasi skala besar LSI dan membenarkan penukaran kepada MPEG2. Penstabil imej elektroniknya mampu mengurangkan gegaran dan fungsi zum optik 30x dan 1500x zum pembesaran menawarkan imej jelas. Selain itu, pengguna juga boleh memilih bingkai menarik untuk ditukarkan ke foto digital pegun dan mencetaknya.

*Spec: CCD 1.3 MP. Zum Optikal 15x. Zum Digital 800x (DZ-GX5100SW). CCD 0.8 MP. Zum Optikal 30x. Zum Digital 1500x (DZ-GX5060SW). Sesuai Cakera DVD Pelbagai Format. Masa mula 1 saat. Rakaman Video-ke-Foto. Perlindungan Sensor Tambahan. Integrasi Skala Besar (LSI). Masa Rakaman 2 jam. Slot kad SD. USB 2.0. Harga (DZ-GX5100SW)-RM1899 / Harga (DZ-GX5060SW)-RM1599. (Harga yang dipaparkan adalah harga anggaran semasa)

WinFast PX8600 GTS / PX8500 GT


Kad grafik ini menawarkan pengalaman permainan seakan sebenar kepada anda setanding dengan siri WinFast PX 7 namun pada harga lebih rendah. Dikuasakan oleh unit pemproses grafik NVIDIA GeForce 8600 GTS dan 8500 GT, kad ini turut didatangkan dengan 256MB 128bit memori, membolehkan kadar kecekapan bingkai pantas. Ia juga dibina serasi Windows Vista dan memberi kelebihan teknologi NVIDIA PureVideo HD. PX8600 GTS dan PX8500 GT turut menyokong Microsoft DirectX 10 Model Shader 4.0 penuh sekali gus menghasilkan grafik sebenar dan efek kualiti filem. Didatangkan bersama adalah permainan JTS, 3Dmark06 dengan jam teras 490MHz bagi imej ultra jelas dan pelaksanaan segera.

*Spec PX8600 GTS: PCI-Express. NVIDIA GeForce 8600 GTS. GPU/Jam Memori 710/1000. Kadar Data Memori 2000MHz. Saiz Memori 256MB GDDR3. Antaramuka Memori 128bit. RAMDAC 400MHz. Pemproses Strim 32. DirectX 10.0 Shader Model 4.0. Serious Sam II/JTF. Output Dual Dual-Link DVI/HDTV/HDCP.

*Spec PX8500 GT (Kipas): PCI-Express. NVIDIA GeForce 8500 GT. GPU/Jam Memori 490/400. Kadar Data Memori 800MHz. Saiz Memori 256MB GDDR2. Antaramuka Memori 128bit. RAMDAC 400MHz. Pemproses Strim 16. DirectX 10.0 Shader Model 4.0. Permainan JTF. Output Dual-Link DVI/D-Sub/HDTV.

BenQ Joybook S41


S41 menampilkan skrin lebar 14” dengan masa respon pantas 16ms. Dilengkapi unit pemproses Intel Centrino Duo, set cip grafik NVIDIA GeForce 8600M GS dan output HDMI, komputer riba ini antara yang menerima Anugerah Red Dot 2007. Kad grafiknya menyokong sehingga 1GB TurboCache dan memberi pengalalaman visual menakjubkan menerusi teknologi NVIDIA PureVideo HD. Rekaan pula menarik dan tahan lasak serta menawarkan ciri penting seperti kamera web 1.3 Megapiksel, teknologi speaker SRS TruSurround XT, Bluetooth 2.0 dan Integrasi wayarles WAN dan 802.11 a/b/g/n LAN.

*Spec: Pemproses Intel Centrino Duo. NVIDIA GeForce 8600M GS. NVIDIA PureVideo HD. Skrin 14”. Kamera Web 1.3MP. Speaker SRS TruSurround XT. Bluetooth 2.0. WAN/LAN 802.11 a/b/g/n. HDMI 1080p. Pemain HD DVD. Harga (anggaran) - RM3,999.

JVC Everio GZ-HD7


Kamkorder HD terbaru dari JVC ini menghasilkan kualiti video HD penuh 1920x1080i dengan fungsi rakaman terus kepada pemacu keras. Dengan 60GB cakera keras terbina, GZ-HD7 mampu merakam lima jam HD penuh pada 30 Mbps. Bagi memastikan kualiti imej terbaik, kamkoder ini turut dilengkapi 3CCD dan lensa Fujinon. Ciri menarik lain termasuk penstabil imej optikal, kawalan manual, penyambungan multi digital, antaramuka USB, HDMI dan iLink serta perisian suntingan video Cyberlink BD Solution.

*Spec: HD 1920x1080i. MPEG1/MPEG2-TS/MP2. Blu Ray/DVD/DVD-R/DVD-RW. 1/5 inci 16:9 3CCD. VBR 30Mbps. Mod SP. Lensa Fujinon dengan EBC. 10x Zum Optikal (F1.8-1.9) 3.3mm-33mm zum. Penstabil Imej Optikal. Mod Manual Fokus/White Balance/Pendedahan/ Shutter/Aperture/Kejelasan. USB/HDMI/iLINK. Cyberlink BD Solution. Aplikasi Share Station. Harga-RM6999. (Harga Anggaran)

Kingston HyperX


Kingston HyperX DDR2 800MHz menawarkan keupayaan memori pantas dan ultra pengurangan tempoh pendaman (latency). Ia sesuai untuk pengalaman permainan dan teknologi terbaik menerusi 800MHz 3-3-3 tanpa frekuensi bus memori ‘over-clocking’. Boleh didapati dalam modul 512MB, 1GB dan 2GB, Kingston HyperX didatangkan dengan jaminan seumur hidup dan sokongan teknikal percuma.

*Spec: Seting 800MHz. CL3-3-3-10 / 2.3-2.35V. Modul DDR Unbuffered 240-Pin. Voltan 2.3-2.35V.